Arsenal melonjak ke tempat ke-3 Liga

Arsenal 2 "Nasri 41 (pen), Chamakh 47" Birmingham 1 "Zigic 33"

Arsenal telah melonjak ke kedudukan ke-3 liga apabila memperolehi kemenangan tipis ke atas Birmingham .
Corak permainan arsenal semasa menentang Birmingham tidak berapa menarik seperti yang dikehendaki oleh para peminat The Gunners. Samir Nasri tidak mensia-siakan tendangan penalti dan Marouane Chamakh melengkapkan kemenangan Arsenal.
Arsenal mengambil peluang daripada perlawanan diantara Manchester United dan West Brom yang berkesudahan seri 2 - 2 dan melonjak ke tangga 3 liga.

Dalam pada itu:
Cesc Fabregas diberitakan telah sembuh sepenuhnya daripada kecederaan tetapi mungkin tidak akan diturunkan pada perlawanan Champions League menentang Shakhtar Donetsk (kata Wenger).

Eduardo juga diberitakan berkemungkinan diturunkan pada perlawanan Champions League menentang Arsenal (Bekas Pasukan).

Arsenal kedudukan ke-4 liga

Arsenal 0 Chelsea 2

Arsenal mempunyai banyak peluang bagi menghasilkan gol semasa menentang chelsea malam tadi tetapi peluang tersebut disia-siakan oleh anak buah wenger. Marouane Chamakh dan Laurent Koscielny mempunyai peluang untuk menghasilkan gol diawal permainan.
Pasukan Arsenal menunjukkan rentak permainan yang pantas dan berkualiti tetapi tidak bernasib baik.
Wenger terpaksa membuat percaturan baru disebabkan oleh masalah kecederaan para pemainnya iaitu Cesc Fabregas (hamstring), Manuel Almunia (elbow), Robin van Persie (ankle), Nicklas Bendtner (groin) dan Theo Walcott (ankle) . Abu Diaby's pula tidak terlepas mengalami kecederaan ankle yang agak teruk (semasa menentang Chelsea malam tadi).

komen wenger untuk Gunners

"Saya memutuskan sebelum permainan bermula supaya pasukan kami banyak bermain secara open game. Kami mendominasi di awal permainan ini cukup mengejutkan mereka berbanding perlawanan dengan Sunderland minggu lalu dan bagi pendapat saya, Secara keseluruhan saya fikir kami melakukannya dengan sangat baik dan saya hanya boleh memberikan kredit kepada pasukan saya di atas mutu permainan yang ditunjukkan. "

komen wenger untuk Chelsea

"Saya tidak ingin menilai gaya Chelsea, saya tahu ketika anda menang anda selalu benar .."

Arsenal Memenangi Piala Emirates


Sesi pemanas badan sebelum bermula Barclays Premier League nyata memihak kepada pasukan Arsenal apabila memenangi Piala Emirates dengan mengalahkan pasukan Olympique Lyonnais, AC Milan dan Celtic. Arsenal mempunyai ramai pemain-pemain muda yang berpotensi menjadi pemain yang bakal digeruni seperti legenda striker berbisa Arsenal dahulu iaitu Thierry Henry.
Arsenal tampak berbisa dengan kehadiran muka-muka baru seperti Laurent Koscielny (posisi Defender) yang menyertai pada 07 Julai 2010 dan Marouane Chamakh (posisi Striker) yang menyertai pada 21 Mei 2010.

Tempat ketiga pun jadilah daripada tak dapat apa-apa...

German mendapat tempat ketiga untuk tahun 2010 dan sebelumnya iaitu 2006.. Nasib tidak menyebelahi German untuk world cup kali ini apabila tumpas di tangan spain pada perlawanan separuh akhir, tidak dinafikan apabila ramai pemain yang tidak dapat diturunkan kerana menerima kad kuning pada 2 perlawanan berturut-turut.. Syabas kepada Joachim LOEW kerana berjaya membentuk satu pasukan yang digeruni buat world cup kali ini..


Saksikan perlawanan menarik "The Beautifull Game"

Dengan kehadiran Thomas Muller, diharap pagi ahad ini german akan menunjukkan permainan sebenarnya untuk membenam pasukan Uruguay...

VS

World Cup Table



Click the picture to see more...

Berita Meng-GEMPAR-kan

Kekalahan spain telah dapat diramal seawal minit ke 10 kerana cara pemain spainyang terlalu over-confident yang akan memakan dirinya semula............................... Walaupun spain mempunyai peratusan mengawal permainan yang tinggi iaitu 77%, Itu sahaja tidak mencukupi untuk spain menjadi pemenang kerana saya dapati bila spain dapat mengawal permainan, ia terlalu memandang rendah pada pasukan Swiss, Ditambah pula dengan perasaan ego pemain-pemain Spain yang telah merobek gawang pasukannya sendiri pada minit ke 51 dalam masa kedua.


Selepas kekalahan spain ke atas Switzerland dengan 1 gol tanpa balas, dunia bola sepak telah digemparkan dengan kekalahan pasukan France kepada pasukan Mexico dengan 2 gol tanpa balas, ramai penganalisis sudah dapat meramalkan cabaran sukar buat pasukan France kerana corak permainan dan strategi yang kurang berkesan oleh pasukan France, Ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada pasukan yang menentangnya..................................................................... Gol pertama di jaringkan oleh Javier Hernández (63') yang menghukum kelekaan benteng pertahanan France seawal babak kedua......... Luka France makin bertambah apabila pasukan Mexico mendapat penalti pada minit ke 78 dan Cuauhtémoc Blanco dengan cantik menyudahkan penalti tersebut.


Kita sama-sama tunggu BERITA TERGEMPAR lagi selepas ini.... diantara perlawanan yang di ramal akan mengikut jejak france dan spain sekiranya tidak mengubah strategi perlawanan adalah:

No matter what will happen.. The Important is German will get the title of
.............................World Greatest Football Team ..............................