Kami Dahagakan Kemenangan

Seperti jangkaan, the gunners melangkah ke pusingan seterusnya selepas menundukkan Leeds united dengan 3-1.

Gelagat V.Persie selepas menjaringkan gol menentang Leeds malam tadi.

Leeds bermain dengan cukup bersemangat, fizikal yang cergas dan fokus yang tinggi, tidak mudah berputus asa tetapi kami terlalu kuat bagi mereka pada malam ini, tidak mustahil Leeds United akan kembali menyertai Premier League."Ujar Arsene Wenger".Ujarnya lagi, kami terlalu dahagakan kemenangan pada malam ini, dan mengenai khabar2 angin yang mengatakan ada ahli dalam pasukan the gunners yang tidak berpuas hati sesama mereka, saya tidak tahu kerana mereka tidak meluahkan pada saya dan saya rasa mereka mempunyai semangat pasukan yang tinggi dan komited untuk memburu keJuaraan"Kata Wenger".


Pada malam ini, Nasri mudah menghuru-harakan pertahanan leeds dan menjaringkan gol seawal minit ke 5.Sebelum tamat masa pertama, Sagna pula meledakkan gol pada minit ke 34. V.Persie diletakkan Wenger di bangku simpanan,akan tetapi setelah dimasukkan, ia menghadiahkan gol kemenangan kepada the Gunners selepas menanduk cantik pada minit ke 76 untuk memastikan the Gunners menang bergaya malam tadi....

Malaysia Gah Menjulang Piala AFF Suzuki


Ganyang indon..Malaysia boleh.biarpun laser atau spotlight sekalipun,kita masih mampu tentang habis habisan. Pasukan yang kalah dan menunding jari kepada pihak lawan atau pihak penyokong pihak lawan adalah PASUKAN YANG TIDAK BERMARUAH DAN PASUKAN YANG TIDAK PROFESIONAL. Jika kalah, tanyalah pasukan sendiri (kenapa kumpulan aku boleh kalah?) tahniah kpd pemain Malaysia diatas corak permainan yg cantik.anda mampu menutup mulut pengkritik-pengkritik.

Ramai penyokong tempatan yang sudah muak dan bosan dengan corak permainan pasukan kebangsaan,selepas pasukan kebangsaan melangkah ke pusingan seterusnya rata-rata terkejut, terpegun dan terkedu dengan corak permainan Malaysia yang sama sekali tidak seperti dahulu lagi.
Tahniah kepada Jurulatih Malaysia (Rajagopal) diatas usaha gigih membangkitkan semula semangat dan membimbing pasukan kebangsaan hingga ke tahap ini.Syabas.

Menang kalah adalah adat permainan, biar kalah sekalipun tetapi corak permainan yang ditunjukkan adalah menarik untuk ditonton (iaitu kalah bermaruah).Tahniah kepada pasukan kebangsaan yang telah menjulang Piala AFF Suzuki. Syabas sekali lagi diucapkan..
MALAYSIA BOLEH

Kemenangan bermakna buat skuad The Gunner

Manchester City 0 Arsenal 3 ( Nasri 20, Song 65, Bendtner 88)

Arsenal kembali ke tempat ke-2 liga apabila membenam Manchester City dengan 3 gol tanpa balas. Jaringan pertama The Gunners disudahkan oleh Samir Nasri. Samir Nasri memulakan hantara 1-2 dan menyudahkan dengan jaringan cantik pada minit ke 20.Manchester City menampakkan kelemahan selepas salah seorang pemainnya dikenakan kad merah. Alex Song pula menghukum pertahanan Manchester City dengan menyumbat gol ke-2 apabila mengambil kesempatan atas kelekaan pemain pertahanan Manchester City.
Nicklas Bendtner pula membalas kepercayaan Wenger apabila memastikan kemenangan besar berpihak kepada The Gunners dengan menghasilkan jaringan di minit-minit akhir perlawanan sejurus selepas dimasukkan oleh Wenger.

Kemenangan besar bukti kebangkitan Arsenal

Arsenal 5 Shakhtar Donetsk 1

Pemain Arsenal semakin menyengat di tempat sendiri dengan memperolehi kemenangan besar ke atas Pasukan Shakhtar Donetsk. Corak permainan menarik yang ditunjukkan oleh anak buah Wenger malam tadi sedikit sebanyak dipengaruhi oleh Pemain Tengah Arsenal yang baru pulih daripada kecederaan iaitu Cesc Fabregas.Pemain yang semakin meningkat seperti Marouane Chamakh dan Jack Wilshere pula semakin konsisten di dalam setiap perlawanan apabila berjaya menyumbangkan gol kepada The Gunners.
Adakah ke dua-dua pemain ini berjaya mengikut jejak seperti pemain legenda arsenal iaitu Thierry Henry ? sama-sama kita tunggu dan lihat...
Arsenal kini semakin mengesahkan diri ke pusingan seterusnya didalam Champions League yang berbaki hanya 3 perlawanan.
Di antara penjaring Arsenal malam tadi ialah :
  • Song 19,
  • Nasri 42,
  • Fabregas 59 (pen),
  • Wilshere 66,
  • Chamakh 69
Peristiwa lucu berlaku di Emirates Stadium malam tadi apabila kesemua penjaring gol adalah dari pasukan Arsenal termasuk Eduardo pemain Shakhtar Donetsk (Bekas Pemain Arsenal).

Perlawanan Seterusnya (Champions League):
  • 03 November 2010 (Bertemu Shakhtar Donetsk "Ditempat Lawan")
  • 23 November 2010 (Bertemu Braga "Ditempat Lawan")
  • 08 December 2010 (Bertemu P.Belgrade "Ditempat Sendiri")

Arsenal melonjak ke tempat ke-3 Liga

Arsenal 2 "Nasri 41 (pen), Chamakh 47" Birmingham 1 "Zigic 33"

Arsenal telah melonjak ke kedudukan ke-3 liga apabila memperolehi kemenangan tipis ke atas Birmingham .
Corak permainan arsenal semasa menentang Birmingham tidak berapa menarik seperti yang dikehendaki oleh para peminat The Gunners. Samir Nasri tidak mensia-siakan tendangan penalti dan Marouane Chamakh melengkapkan kemenangan Arsenal.
Arsenal mengambil peluang daripada perlawanan diantara Manchester United dan West Brom yang berkesudahan seri 2 - 2 dan melonjak ke tangga 3 liga.

Dalam pada itu:
Cesc Fabregas diberitakan telah sembuh sepenuhnya daripada kecederaan tetapi mungkin tidak akan diturunkan pada perlawanan Champions League menentang Shakhtar Donetsk (kata Wenger).

Eduardo juga diberitakan berkemungkinan diturunkan pada perlawanan Champions League menentang Arsenal (Bekas Pasukan).

Arsenal kedudukan ke-4 liga

Arsenal 0 Chelsea 2

Arsenal mempunyai banyak peluang bagi menghasilkan gol semasa menentang chelsea malam tadi tetapi peluang tersebut disia-siakan oleh anak buah wenger. Marouane Chamakh dan Laurent Koscielny mempunyai peluang untuk menghasilkan gol diawal permainan.
Pasukan Arsenal menunjukkan rentak permainan yang pantas dan berkualiti tetapi tidak bernasib baik.
Wenger terpaksa membuat percaturan baru disebabkan oleh masalah kecederaan para pemainnya iaitu Cesc Fabregas (hamstring), Manuel Almunia (elbow), Robin van Persie (ankle), Nicklas Bendtner (groin) dan Theo Walcott (ankle) . Abu Diaby's pula tidak terlepas mengalami kecederaan ankle yang agak teruk (semasa menentang Chelsea malam tadi).

komen wenger untuk Gunners

"Saya memutuskan sebelum permainan bermula supaya pasukan kami banyak bermain secara open game. Kami mendominasi di awal permainan ini cukup mengejutkan mereka berbanding perlawanan dengan Sunderland minggu lalu dan bagi pendapat saya, Secara keseluruhan saya fikir kami melakukannya dengan sangat baik dan saya hanya boleh memberikan kredit kepada pasukan saya di atas mutu permainan yang ditunjukkan. "

komen wenger untuk Chelsea

"Saya tidak ingin menilai gaya Chelsea, saya tahu ketika anda menang anda selalu benar .."

Arsenal Memenangi Piala Emirates


Sesi pemanas badan sebelum bermula Barclays Premier League nyata memihak kepada pasukan Arsenal apabila memenangi Piala Emirates dengan mengalahkan pasukan Olympique Lyonnais, AC Milan dan Celtic. Arsenal mempunyai ramai pemain-pemain muda yang berpotensi menjadi pemain yang bakal digeruni seperti legenda striker berbisa Arsenal dahulu iaitu Thierry Henry.
Arsenal tampak berbisa dengan kehadiran muka-muka baru seperti Laurent Koscielny (posisi Defender) yang menyertai pada 07 Julai 2010 dan Marouane Chamakh (posisi Striker) yang menyertai pada 21 Mei 2010.