Gambar aku dan isteri

Alhamdulillah pada 29 Mei 2009 aku telah diijabkabulkan dengan isteri (Izzah Bt Jamilludin) di kemaman terengganu hanya sekali lafaz (alhamdulillah).

Majlis Perkahwinan aku bertempat di kemaman berjalan dengan lancar pada 30 Mei 2009 danMajlis Perkahwinan aku di Ipoh juga berjalan dengan lancar pada 7 Jun 2009. Walaupun pada tarikh tu ramai jugaklah orang lain yang membuat Majlis Perkahwinan, Majlis aku berlangsung dengan meriah...


(Gambar di atas hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan syarikat penyiaran dan tiada siaran langsung atau tak langsung.... hehehehehe)
Disini aku dan isteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir dan di Majlis Pernikahan aku...

Disini juga kami berdua mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi hadiah kepada kami berdua.....Sungguh tak disangka, hadiah yang saya dan isteri dapat banyak sekali.