Semangat Juang Yang Tinggi

Walaupun Malaysia kalah kepada Singapura tetapi saya amat memuji semangat juang yang begitu kental oleh pemain Harimau Malaya untuk menumbangkan pasukan Singapura. Perlawanan sedikit hambar dek kerana pemain Singapura yang kurang gentle kerana suka melewat-lewatkan permainan. Dek kerana peristiwa inilah sebenarnya Malaysia telah MENANG dari segi semangat kesukanan yang tinggi.

Malaysia telah membuat para pemain Singapura menjadi gugup dan kaku. Kepada Pasukan Malaysia, jangan berputus asa. Kita cuba di masa akan datang.

Pesanan khas buat semua MEDIA CETAK "Jangan terlalu komen negatif keatas pasukan Harimau Malaya. Yang saya perhatikan, MEDIA CETAK ini, Bila Menang Puji Melambung-lambung hingga dipaparkan dimuka hadapan akhbar masing-masing,Bila Kalah komen terlalu negatif dan diletakan di muka surat 30 ke atas". Wartawan yang membuat laporan sebegini sepatutnya sudah pupus pada zaman 60an lagi.

Saya berharap K.Rajagopal dapat mencungkil lagi bakat-bakat baru bagi memantapkan lagi pertahanan.
Malaysia amat terasa dengan pemain berbisa yang tidak dapat diturunkan seperti Safeq Rahim, Shahrul Idlan Talaha serta Aidil (Hanya beberapa minit berjuang tetapi terpaksa berundur kerana kecederaan).

"TAHNIAH KEPADA PASUKAN MALAYSIA YANG MENUNJUKKAN MUTU PERMAINAN YANG AMAT MEMBANGGAKAN"

TAHNIAH KEPADA PASUKAN MALAYSIA


Setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan malaysia yang menunjukkan corak permainan yang begitu menarik, pantas dan pintar mencari ruang... dengan hantaran 1 2 yang semakin baik.. Tahniah juga kepada K Rajagopal yang berjaya memimpin mental dan corak permainan Pasukan Malaysia semasa menentang Liverpool walaupun tewas 6-3. Ini adalah kekalahan Paling BERMARUAH...
Ini adalah perlawanan yang paling menarik, Semasa menentang Pasukan Arsenal, Pasukan Harimau Malaya seperti hilang fokus, hilang corak permainan dan terlalu menghormati pasukan lawan. Jelas sekali pertemuan bersama Pasukan Arsenal banyak memberi pengajaran dan pengalaman berharga kepada Pasukan Malaysia.. Diharapkan Pasukan Malaysia dapat mengekalkan corak perlawanan seperti hari ini semasa bertemu Chelsea dan seterusnya dengan Singapura nanti... Pasukan Harimau Malaya juga diharapkan mengelak daripada membuat banyak hantaran tinggi dan banyakkan hantaran bawah kerana faktor fizikal pemain kita.. Diharapkan juga agar jangan sesekali cepat kehilangan bola kerana ini sekaligus makin melemahkan rakan-rakan seperjuangan..
Syabas Pasukan MALAYSIA... Jika saya adalah penyokong Liverpool sekarang, mungkin saya tidak menyokongnya lagi kerana lebih baik saya menyokong pasukan yang setanding dengan pasukan liverpool iaitu PASUKAN MALAYSIA...Tahniah Kepada K.RAJAGOPAL....

Masa untuk membuktikan Pasukan Malaysia adalah pasukan terbaik...


Selamat datang kepada Team Arsenal diatas jelajah Asia untuk perlawanan persahabatan dengan pasukan Negara kita pada 13 Julai 2011 di Stadium Bukit Jalil sebagai perlawanan pemanas badan sebelum sepak mula musim baru... Saya berharap agar pasukan Malaysia dapat menimba pengalaman dan corak permainan The Gunners bagi memantapkan lagi pasukan Malaysia bagi menentang Singapura nanti.

ARSENAL DIHATIKU.....MALAYSIA DIJANTUNGKU

MALAYSIA BOLEH.......MALAYSIA BOLEH.........MALAYSIA BOLEH.........

Berita Terkini Dari Gunners Club

"Saya memahami "sikap tidak sabar di kalangan peminat". Percayalah, saya tahu semua kelab di dunia ini memerlukan pemain yang sama untuk posisi yang sama. Jika terdapat satu pilihan yang jelas, orang telah membuat keputusan mereka . Kami berada di peringkat tertinggi sekarang dan oleh itu memerlukan kualiti yang luar biasa untuk mengukuhkan pihak kami. Saya juga memahami bahawa ramai peminat mengatakan "The Gunners Club mempunyai wang, hanya keluar dan beli ". Tetapi ia tidak hanya disebabkan itu, kami ingin mencari kualiti yang amat kita perlukan. "Saya telah berkata banyak kali bahawa kami sangat hampir untuk memenangi musim lalu, walaupun kekecewaan yang kita dapat pada saat akhir. Kami didalam pasukan The Gunners begitu rapat sekali dan kali ini kita ingin kembali mencapai yang terbaik. "Tanggungjawab saya adalah sama sekali tidak mahu kehilangan pemain dan kemudian untuk menambah pemain serta membuat pasukan kami lebih kuat. "Mari kita bersama berharap agar kita dapat membawa masuk satu atau dua tambahan pemain yang lebih berkualiti tinggi untuk musim akan datang." Kata Arsene Wenger.....

Wenger mengesahkan bahawa penyerang Gervinho semakin hampir untuk melengkapkan perpindahannya ke Arsenal dari Lille.