Kemenangan bermakna buat skuad The Gunner

Manchester City 0 Arsenal 3 ( Nasri 20, Song 65, Bendtner 88)

Arsenal kembali ke tempat ke-2 liga apabila membenam Manchester City dengan 3 gol tanpa balas. Jaringan pertama The Gunners disudahkan oleh Samir Nasri. Samir Nasri memulakan hantara 1-2 dan menyudahkan dengan jaringan cantik pada minit ke 20.Manchester City menampakkan kelemahan selepas salah seorang pemainnya dikenakan kad merah. Alex Song pula menghukum pertahanan Manchester City dengan menyumbat gol ke-2 apabila mengambil kesempatan atas kelekaan pemain pertahanan Manchester City.
Nicklas Bendtner pula membalas kepercayaan Wenger apabila memastikan kemenangan besar berpihak kepada The Gunners dengan menghasilkan jaringan di minit-minit akhir perlawanan sejurus selepas dimasukkan oleh Wenger.

Kemenangan besar bukti kebangkitan Arsenal

Arsenal 5 Shakhtar Donetsk 1

Pemain Arsenal semakin menyengat di tempat sendiri dengan memperolehi kemenangan besar ke atas Pasukan Shakhtar Donetsk. Corak permainan menarik yang ditunjukkan oleh anak buah Wenger malam tadi sedikit sebanyak dipengaruhi oleh Pemain Tengah Arsenal yang baru pulih daripada kecederaan iaitu Cesc Fabregas.Pemain yang semakin meningkat seperti Marouane Chamakh dan Jack Wilshere pula semakin konsisten di dalam setiap perlawanan apabila berjaya menyumbangkan gol kepada The Gunners.
Adakah ke dua-dua pemain ini berjaya mengikut jejak seperti pemain legenda arsenal iaitu Thierry Henry ? sama-sama kita tunggu dan lihat...
Arsenal kini semakin mengesahkan diri ke pusingan seterusnya didalam Champions League yang berbaki hanya 3 perlawanan.
Di antara penjaring Arsenal malam tadi ialah :
  • Song 19,
  • Nasri 42,
  • Fabregas 59 (pen),
  • Wilshere 66,
  • Chamakh 69
Peristiwa lucu berlaku di Emirates Stadium malam tadi apabila kesemua penjaring gol adalah dari pasukan Arsenal termasuk Eduardo pemain Shakhtar Donetsk (Bekas Pemain Arsenal).

Perlawanan Seterusnya (Champions League):
  • 03 November 2010 (Bertemu Shakhtar Donetsk "Ditempat Lawan")
  • 23 November 2010 (Bertemu Braga "Ditempat Lawan")
  • 08 December 2010 (Bertemu P.Belgrade "Ditempat Sendiri")

Arsenal melonjak ke tempat ke-3 Liga

Arsenal 2 "Nasri 41 (pen), Chamakh 47" Birmingham 1 "Zigic 33"

Arsenal telah melonjak ke kedudukan ke-3 liga apabila memperolehi kemenangan tipis ke atas Birmingham .
Corak permainan arsenal semasa menentang Birmingham tidak berapa menarik seperti yang dikehendaki oleh para peminat The Gunners. Samir Nasri tidak mensia-siakan tendangan penalti dan Marouane Chamakh melengkapkan kemenangan Arsenal.
Arsenal mengambil peluang daripada perlawanan diantara Manchester United dan West Brom yang berkesudahan seri 2 - 2 dan melonjak ke tangga 3 liga.

Dalam pada itu:
Cesc Fabregas diberitakan telah sembuh sepenuhnya daripada kecederaan tetapi mungkin tidak akan diturunkan pada perlawanan Champions League menentang Shakhtar Donetsk (kata Wenger).

Eduardo juga diberitakan berkemungkinan diturunkan pada perlawanan Champions League menentang Arsenal (Bekas Pasukan).

Arsenal kedudukan ke-4 liga

Arsenal 0 Chelsea 2

Arsenal mempunyai banyak peluang bagi menghasilkan gol semasa menentang chelsea malam tadi tetapi peluang tersebut disia-siakan oleh anak buah wenger. Marouane Chamakh dan Laurent Koscielny mempunyai peluang untuk menghasilkan gol diawal permainan.
Pasukan Arsenal menunjukkan rentak permainan yang pantas dan berkualiti tetapi tidak bernasib baik.
Wenger terpaksa membuat percaturan baru disebabkan oleh masalah kecederaan para pemainnya iaitu Cesc Fabregas (hamstring), Manuel Almunia (elbow), Robin van Persie (ankle), Nicklas Bendtner (groin) dan Theo Walcott (ankle) . Abu Diaby's pula tidak terlepas mengalami kecederaan ankle yang agak teruk (semasa menentang Chelsea malam tadi).

komen wenger untuk Gunners

"Saya memutuskan sebelum permainan bermula supaya pasukan kami banyak bermain secara open game. Kami mendominasi di awal permainan ini cukup mengejutkan mereka berbanding perlawanan dengan Sunderland minggu lalu dan bagi pendapat saya, Secara keseluruhan saya fikir kami melakukannya dengan sangat baik dan saya hanya boleh memberikan kredit kepada pasukan saya di atas mutu permainan yang ditunjukkan. "

komen wenger untuk Chelsea

"Saya tidak ingin menilai gaya Chelsea, saya tahu ketika anda menang anda selalu benar .."