Malaysia Gah Menjulang Piala AFF Suzuki


Ganyang indon..Malaysia boleh.biarpun laser atau spotlight sekalipun,kita masih mampu tentang habis habisan. Pasukan yang kalah dan menunding jari kepada pihak lawan atau pihak penyokong pihak lawan adalah PASUKAN YANG TIDAK BERMARUAH DAN PASUKAN YANG TIDAK PROFESIONAL. Jika kalah, tanyalah pasukan sendiri (kenapa kumpulan aku boleh kalah?) tahniah kpd pemain Malaysia diatas corak permainan yg cantik.anda mampu menutup mulut pengkritik-pengkritik.

Ramai penyokong tempatan yang sudah muak dan bosan dengan corak permainan pasukan kebangsaan,selepas pasukan kebangsaan melangkah ke pusingan seterusnya rata-rata terkejut, terpegun dan terkedu dengan corak permainan Malaysia yang sama sekali tidak seperti dahulu lagi.
Tahniah kepada Jurulatih Malaysia (Rajagopal) diatas usaha gigih membangkitkan semula semangat dan membimbing pasukan kebangsaan hingga ke tahap ini.Syabas.

Menang kalah adalah adat permainan, biar kalah sekalipun tetapi corak permainan yang ditunjukkan adalah menarik untuk ditonton (iaitu kalah bermaruah).Tahniah kepada pasukan kebangsaan yang telah menjulang Piala AFF Suzuki. Syabas sekali lagi diucapkan..
MALAYSIA BOLEH

Kemenangan bermakna buat skuad The Gunner

Manchester City 0 Arsenal 3 ( Nasri 20, Song 65, Bendtner 88)

Arsenal kembali ke tempat ke-2 liga apabila membenam Manchester City dengan 3 gol tanpa balas. Jaringan pertama The Gunners disudahkan oleh Samir Nasri. Samir Nasri memulakan hantara 1-2 dan menyudahkan dengan jaringan cantik pada minit ke 20.Manchester City menampakkan kelemahan selepas salah seorang pemainnya dikenakan kad merah. Alex Song pula menghukum pertahanan Manchester City dengan menyumbat gol ke-2 apabila mengambil kesempatan atas kelekaan pemain pertahanan Manchester City.
Nicklas Bendtner pula membalas kepercayaan Wenger apabila memastikan kemenangan besar berpihak kepada The Gunners dengan menghasilkan jaringan di minit-minit akhir perlawanan sejurus selepas dimasukkan oleh Wenger.

Kemenangan besar bukti kebangkitan Arsenal

Arsenal 5 Shakhtar Donetsk 1

Pemain Arsenal semakin menyengat di tempat sendiri dengan memperolehi kemenangan besar ke atas Pasukan Shakhtar Donetsk. Corak permainan menarik yang ditunjukkan oleh anak buah Wenger malam tadi sedikit sebanyak dipengaruhi oleh Pemain Tengah Arsenal yang baru pulih daripada kecederaan iaitu Cesc Fabregas.Pemain yang semakin meningkat seperti Marouane Chamakh dan Jack Wilshere pula semakin konsisten di dalam setiap perlawanan apabila berjaya menyumbangkan gol kepada The Gunners.
Adakah ke dua-dua pemain ini berjaya mengikut jejak seperti pemain legenda arsenal iaitu Thierry Henry ? sama-sama kita tunggu dan lihat...
Arsenal kini semakin mengesahkan diri ke pusingan seterusnya didalam Champions League yang berbaki hanya 3 perlawanan.
Di antara penjaring Arsenal malam tadi ialah :
  • Song 19,
  • Nasri 42,
  • Fabregas 59 (pen),
  • Wilshere 66,
  • Chamakh 69
Peristiwa lucu berlaku di Emirates Stadium malam tadi apabila kesemua penjaring gol adalah dari pasukan Arsenal termasuk Eduardo pemain Shakhtar Donetsk (Bekas Pemain Arsenal).

Perlawanan Seterusnya (Champions League):
  • 03 November 2010 (Bertemu Shakhtar Donetsk "Ditempat Lawan")
  • 23 November 2010 (Bertemu Braga "Ditempat Lawan")
  • 08 December 2010 (Bertemu P.Belgrade "Ditempat Sendiri")

Arsenal melonjak ke tempat ke-3 Liga

Arsenal 2 "Nasri 41 (pen), Chamakh 47" Birmingham 1 "Zigic 33"

Arsenal telah melonjak ke kedudukan ke-3 liga apabila memperolehi kemenangan tipis ke atas Birmingham .
Corak permainan arsenal semasa menentang Birmingham tidak berapa menarik seperti yang dikehendaki oleh para peminat The Gunners. Samir Nasri tidak mensia-siakan tendangan penalti dan Marouane Chamakh melengkapkan kemenangan Arsenal.
Arsenal mengambil peluang daripada perlawanan diantara Manchester United dan West Brom yang berkesudahan seri 2 - 2 dan melonjak ke tangga 3 liga.

Dalam pada itu:
Cesc Fabregas diberitakan telah sembuh sepenuhnya daripada kecederaan tetapi mungkin tidak akan diturunkan pada perlawanan Champions League menentang Shakhtar Donetsk (kata Wenger).

Eduardo juga diberitakan berkemungkinan diturunkan pada perlawanan Champions League menentang Arsenal (Bekas Pasukan).

Arsenal kedudukan ke-4 liga

Arsenal 0 Chelsea 2

Arsenal mempunyai banyak peluang bagi menghasilkan gol semasa menentang chelsea malam tadi tetapi peluang tersebut disia-siakan oleh anak buah wenger. Marouane Chamakh dan Laurent Koscielny mempunyai peluang untuk menghasilkan gol diawal permainan.
Pasukan Arsenal menunjukkan rentak permainan yang pantas dan berkualiti tetapi tidak bernasib baik.
Wenger terpaksa membuat percaturan baru disebabkan oleh masalah kecederaan para pemainnya iaitu Cesc Fabregas (hamstring), Manuel Almunia (elbow), Robin van Persie (ankle), Nicklas Bendtner (groin) dan Theo Walcott (ankle) . Abu Diaby's pula tidak terlepas mengalami kecederaan ankle yang agak teruk (semasa menentang Chelsea malam tadi).

komen wenger untuk Gunners

"Saya memutuskan sebelum permainan bermula supaya pasukan kami banyak bermain secara open game. Kami mendominasi di awal permainan ini cukup mengejutkan mereka berbanding perlawanan dengan Sunderland minggu lalu dan bagi pendapat saya, Secara keseluruhan saya fikir kami melakukannya dengan sangat baik dan saya hanya boleh memberikan kredit kepada pasukan saya di atas mutu permainan yang ditunjukkan. "

komen wenger untuk Chelsea

"Saya tidak ingin menilai gaya Chelsea, saya tahu ketika anda menang anda selalu benar .."

Arsenal Memenangi Piala Emirates


Sesi pemanas badan sebelum bermula Barclays Premier League nyata memihak kepada pasukan Arsenal apabila memenangi Piala Emirates dengan mengalahkan pasukan Olympique Lyonnais, AC Milan dan Celtic. Arsenal mempunyai ramai pemain-pemain muda yang berpotensi menjadi pemain yang bakal digeruni seperti legenda striker berbisa Arsenal dahulu iaitu Thierry Henry.
Arsenal tampak berbisa dengan kehadiran muka-muka baru seperti Laurent Koscielny (posisi Defender) yang menyertai pada 07 Julai 2010 dan Marouane Chamakh (posisi Striker) yang menyertai pada 21 Mei 2010.

Tempat ketiga pun jadilah daripada tak dapat apa-apa...

German mendapat tempat ketiga untuk tahun 2010 dan sebelumnya iaitu 2006.. Nasib tidak menyebelahi German untuk world cup kali ini apabila tumpas di tangan spain pada perlawanan separuh akhir, tidak dinafikan apabila ramai pemain yang tidak dapat diturunkan kerana menerima kad kuning pada 2 perlawanan berturut-turut.. Syabas kepada Joachim LOEW kerana berjaya membentuk satu pasukan yang digeruni buat world cup kali ini..


Saksikan perlawanan menarik "The Beautifull Game"

Dengan kehadiran Thomas Muller, diharap pagi ahad ini german akan menunjukkan permainan sebenarnya untuk membenam pasukan Uruguay...

VS

World Cup Table



Click the picture to see more...

Berita Meng-GEMPAR-kan

Kekalahan spain telah dapat diramal seawal minit ke 10 kerana cara pemain spainyang terlalu over-confident yang akan memakan dirinya semula............................... Walaupun spain mempunyai peratusan mengawal permainan yang tinggi iaitu 77%, Itu sahaja tidak mencukupi untuk spain menjadi pemenang kerana saya dapati bila spain dapat mengawal permainan, ia terlalu memandang rendah pada pasukan Swiss, Ditambah pula dengan perasaan ego pemain-pemain Spain yang telah merobek gawang pasukannya sendiri pada minit ke 51 dalam masa kedua.


Selepas kekalahan spain ke atas Switzerland dengan 1 gol tanpa balas, dunia bola sepak telah digemparkan dengan kekalahan pasukan France kepada pasukan Mexico dengan 2 gol tanpa balas, ramai penganalisis sudah dapat meramalkan cabaran sukar buat pasukan France kerana corak permainan dan strategi yang kurang berkesan oleh pasukan France, Ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada pasukan yang menentangnya..................................................................... Gol pertama di jaringkan oleh Javier Hernández (63') yang menghukum kelekaan benteng pertahanan France seawal babak kedua......... Luka France makin bertambah apabila pasukan Mexico mendapat penalti pada minit ke 78 dan Cuauhtémoc Blanco dengan cantik menyudahkan penalti tersebut.


Kita sama-sama tunggu BERITA TERGEMPAR lagi selepas ini.... diantara perlawanan yang di ramal akan mengikut jejak france dan spain sekiranya tidak mengubah strategi perlawanan adalah:

No matter what will happen.. The Important is German will get the title of
.............................World Greatest Football Team ..............................

Pelapis The Gunners Menunjukkan Peningkatan

Pelapis pasukan Arsenal iaitu pasukan bawah 18 tahun menunjukkan prestasi yang makin meningkat apabila memenangi "Premier Academy League" selepas menumpaskan Nott'm Forest dengan keputusan:

Arsenal 5 Nott'm Forest 3

Jaringan pasukan Arsenal oleh
  • Afobe 31, 41, 65 (pen),
  • Freeman 72 (pen), 81
Jaringan pasukan Nott'm Forest oleh
  • Elliot 5,
  • Thomson 61,
  • Mullen 73
Benik Afobe mendapat hat-trick dan menjadi hero dalam pasukan Arsenal Bawah-18s didalam perebutan Premier Academy League title .

Luke Freeman hampir mendapat hat-trick didalam perlawanan tersebut.

Benik Afobe dan Luke Freeman merupakan pemain yang paling menyerlah semasa perlawanan tersebut.Adakah Arsene Wenger akan menyerap 2 orang pemain ini ke EPL pada musim hadapan..sama-sama kita tunggu dan lihat..

Kemenangan di saat akhir liga

Walaupun mata hampir diekori rapat oleh Tottenham Hotspur, the gunners berjaya menjarakkan mata dan menamatkan saingan liga dengan kemenangan yang bergaya, Arshavin 21, Van Persie 26, Vela 84 diantara penjaring the Gunners semasa menentang Fulham. The gunners juga mendapat hadiah saguhati apabila Baird 37 menampan ke goal sendiri.

Saingan liga pada musim yang telah lalu banyak mengajar Wenger dan ramai manager supaya lebih banyak mendapatkan pemain-pemain baru yang berbakat bagi memantapkan pasukan sekiranya ramai pemain yang mengalami kecederaan.

Diantara salah seorang pemain yang telah dibeli oleh arsenal untuk persediaan musim hadapan ialah pemain penyerang Bordeaux yang mempunyai rupa paras dan skill seperti christiano ronaldo iaitu Chamakh:

Chamaks (Bordeaux)

Tentangan sengit Arsenal dalam siri Perebutan Takhta "Champions League" walaupun terpaksa akur dengan Barcelona.


Arsenal memberi tentangan yang sengit ketika beraksi di stadium Nou Camp ,Barcelona walaupun terpaksa akur dengan kelincahan pemain penyerang berbisa Barcelona Lionel Messi "FIFA World Player of the Year" yang menyumbat 4 gol dengan agregat 6-3 untuk melayakkan Barca ke separuh akhir menentang Inter Milan pada pembukaan perlawanan separuh akhir pada 20 April ini.
Dalam perlawanan yang lain:
Adakah Manchester United dapat bangkit dari kekalahan dengan Bayern Munich? Dan
Adakah Bordeaux dapat bangkit dari kekalahan dengan Lyon ?

Perlawanan akhir akan diadakan di Madrid pada 22 May ini.

Kemenangan besar dalam siri perebutan Champions League

Arsenal 5 Porto 0
1st Half
Nicklas Bendtner 10'
Nicklas Bendtner 25'

2nd Half
Samir Nasri 63'
Emmanuel Eboué 66'
Nicklas Bendtner 90'
  • Nicklas Bendtner menunjukkan belang apabila mendapat jaringan "hat-trick".
  • Corak Permainan Samir Nasri yang semakin matang dan bersemangat.
  • Cesc Fabregas mempunyai peluang untuk beraksi menentang Hull City 13 Mac ini.
  • Robin Van Persie juga tidak terlepas untuk beraksi semula pada perlawanan menentang Hull City.
  • Peningkatan mutu permainan Andrey Arshavin yang mendadak membantu the gunners.

Autoshow Car Event in March 2010



Klik Disini untuk melihat lebih lanjut...

Kekalahan yang Bermaruah

Walaupun Arsenal kalah 3 - 1 dengan M.U tetapi boleh dikatakan kekalahan yang bermaruah kerana M.U hanya dapat menjaringkan gol hanya dengan Counter Attacknya kerana bahagian pertahanan The Gunners masih goyah... The Gunner banyak mencipta peluang pada separuh masa pertama tetapi nasib tidak memihak.... Boleh dikatakan disini M.U hanya menang kerana Nasib sahaja... Corak permainan The Gunner pada perlawanan ini amat membanggakan.

The Gunners akan menggugat kedudukan M.U dan Chelsea

Arsenal 2 Bolton 0
Cesc Fabregas
Fran Merida



The Gunners kian hampir menyaingi kedudukan M.U dengan menewaskan Bolton 2 berbalas 0.
The Gunners masih mempunyai baki 1 Perlawanan dan sekiranya memenangi perlawanan tersebut, The Gunners akan menduduki tempat kedua di dalam carta..
Wenger merasa lega kerana Cesc Fabregas telah sembuh sepenuhnya dan akan beraksi bersama-sama dengan rakan-rakan..
"Kami masih mencari pemain sebagai pelapis kepada Cesc Fabregas" Kata Wenger

Kemaraan The Gunners (FA Cup)

Arsenal 2 West Ham United 1
Aaron Ramsey 78'
Eduardo 83'

The Gunner dikejutkan oleh Diamanti di akhir-akhir separuh masa pertama yang disebabkan oleh kelekaan pertahanan dan Di hukum oleh Diamanti.
Selepas separuh masa kedua, The Gunner menggandakan asakan dan gol pertama terhasil oleh gandingan eduardo dan Aaron Ramsey dan disudahkan oleh Ramsey 12 minit sebelum tamat perlawanan.
Walaupun ketiadaan Cesc Fabregas, Robin Van persie, Denilson, Andrey Arshavin, dan Theo Walcott, The gunners tetap bermain dengan konsisten dengan gol ke 2 terhasil daripada tandukkan yang cantik oleh Eduardo 5 minit selepas jaringan pertama.
Song selalu kehilangan bola yang memberi peluang kepada WestHam untuk menyerang The Gunner.
The Gunner akan bertemu Stoke City pada 23 Januari ini di pusingan ke 4. Sila klik DISINI untuk melihat jadual perlawanan untuk F.A CUP


'We have to find a new balance without Song' kata Wenger semasa sidang media selepas perlawanan.