Jalan-Jalan Di Sarawak

Disebabkan kami tidak pulang ke kampung semasa tahun baru cina yang lalu....kamipun buat la satu projek besar iaitu pergi ke rumah salah seorang staf miri yang terletak di Kampung Kabong di Sri Aman. Perjalanan dari Miri ke Kampung Kabong Mengambil masa 9 jam. Rasa nak patah tulang belakang untuk bawa kereta dengan keadaan jalan raya yang tak berapa elok. Kami bertolak (3 Buah kereta) dari Miri dalam pukul 5.30 ptg dan sampai ke Kampung Kabong Dalam Pukul 2.30 pg.Kebanyakan rumah di Kampung Kabong terletak di atas air seperti di gambar.. Pada keesokan paginya..Selepas breakfast, kamipun bersiap pula untuk pergi jalan-jalan ke kuching....Perjalanan mengambil masa dalam 5 jam pula....letih semalam pun tak hilang..dah tambah letih lagi...sampai jer ke kuching kami pegi merayau bermacam macam tempat....Diantara gambar di kuching...

Bergambar bersama kawan2 di tepi sungai kuching...Kami lihat banyak bangunan yang ingin dibina di kuching.

ha...yang ni pulak bersama dengan buaya (tapi yg mati lah)... selepas bersama dengan sang buaya...terasa ingin pulak bersiar-siar dengan menaiki bot...kami apa lagi..terus naik la..tak kasi chan punya....


Selepas sakan meronda-ronda kami pun bergerak untuk pusing2 di bandar miri... orang kata, kalau datang ke kuching ,tak sah kalau tak tangkap gambar kuching besar.... ha apa lagi kami...jom cari kuching..

Selepas puas berjalan..kamipun cari tempat makan....kami makan dekat dengan pasar...Lepas makan kami bertolak dari kuching pukul 7.30 mlm dan sampai di Kampung Kabong dalam pukul 2.00 pg. Bertambah letih la....
Pagi-pagi lagi kami bangun untuk ronda2 seluruh kampung kabong coz petang ni dah nak balik ke Miri lak...




Ronda2 pun dah habis...kami pun berangkat ke Miri semula..... Kami sempat singgah beberapa tempat semasa perjalanan pulang..... Kami singgah di sarikei, Sibu dan Bintulu..... Ini adalah sejarah percutian kami kerana membawa kenderaan melebihi dari 9 jam dengan keadaan jalan yang tidak berapa sekata dan bermacam-macam lagi kenangan bagi kami......