Berhari Raya Puasa (2007) Di Rumah Member Di Brunei Darussalam
Semasa hari raya puasa menjelma.. sudah menjadi adat kita pergi kunjung mengunjungi sanak saudara dan rakan...Ada di kalangan staf ILP Miri yang berhari raya bersama keluarga tercinta di semenanjung, Sabah dan Sarawak.Selepas semua staf balik dari berhari raya di kampung... Kami membuat suatu aktiviti kunjung mengunjungi rumah rakan2 staf dengan pergi berhari raya di rumah rakan sekerja kami (Badrulzeman Khan) di rumah isterinya di brunei.... Masa kami hendak pergi ke brunei memang banyak prosedur....Al maklumlah ada di kalangan kami yang belum mempunyai pasport antarabangsa....kami membuat border pas ke brunei dengan hanya membayar RM 100.00 bagi satu kumpulan.... Setelah semua proses2 dokumen perjalanan telah selesai....kami pun bertolak ke brunei dengan menaiki 4 Buah kereta. Setibanya kami di rumah rakan sekerja kami itu...kami dihidangkan dengan pelbagai makanan... ada nasi, ada lauk, ada kuih, dan macam2 lagi la... sampai tak larat nak makan beb.....kenyang sesangat-sangat siot... Lepas semua sudah makan...kami apa lagi...pergi pusing2 la di brunei....Al maklumlah baru pertama kali sampai....di negara brunei menggunakan matawang dolar iaitu 1 dolar brunei bersamaan lebih kurang RM2.60 duit kita...kalau nak jalan-jalan mahupun makan di brunei...janganlah di convertkan kepada duit kita kerana nescaya tak makan dan tak beli apa2 la jawabnya........k chow