Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 Malaysia.


Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 buat semua warga Malaysia, Tema tahun ini tidak penting untuk kita ketahui kerana berunsur politik dan tidak ada kena mengena dengan perjuangan Pahlawan-Pahlawan Negara yang bertungkus lumus, berkorban jiwa dan raga untuk memastikan keamanan Negara. Sukar untuk mencari pengganti Pahlawan tersebut kerana Pahlawan yang sebenar tidak mengejar kemewahan hidup serta kaum kerabat keturunannya. Pahlawan yang sejati adalah Pahlawan yang mengetepikan keselesaan kehidupannya bagi memperjuangkan Bangsa Dan Negara tidak mengira masa dan tempat....... 
BERKORBAN HANYA UNTUK MALAYSIA YANG TERCINTA