Kemenangan PERTAMA Arsenal oleh GABUNGAN BERBISA (Arsenal 2 Liverpool 0)


Gabungan  Lukas Podolski  dan  Santi Cazorla merupakan gabungan berbisa Arsenal bagi musim 2012/2013 yang telah meledak 2 gol masing-masing pada minit 31 oleh Lukas Podolski dan pada minit ke 68 oleh Santi Cazorla . Pada awal 30 minit, perlawanan sedikit membosankan kerana bola banyak berlegar di kawasan tengah padang tetapi selepas jaringan oleh  Lukas Podolski, pasukan Gunners telah mendapat rentak dan memperhebatkan lagi bahagian serangan dan terus membakar semangat pemain-pemain. Penjaga gol iaitu  Vito Mannone's patut di puji kerana ketangkasannya mengelak daripada dibolosi oleh penyerang Liverpool. Dengan mempunyai pemain pertahanan yang dibarisi  oleh Thomas Vermaelen dan Per Mertesacker yang dibantu oleh Mikel Arteta telah banyak mematahkan serangan daripada pihak lawan.
Kesungguhan pemain seperti Abou DiabyAlex Oxlade-ChamberlainOlivier Giroud nampaknya sukar ditandingi oleh pemain Liverpool. Walaubagaimanapun pasukan Gunners harus meningkatkan lagi serangan di sebelah kanan pihak lawan kerana nampak seperti ada kelemahan yang perlu di baiki. Banyak serangan adalah daripada bahagian kiri pihak lawan.
 Penyokong Arsenal sepatutnya tidak perlu takut di atas kenyataan yang mengejutkan oleh Arsène Wenger bahawa tiada lagi pemain baru dan tiada lagi pemain yang akan di jual selepas ini kerana Arsène Wenger  menyatakan bahawa skuad Gunners telah mantap dan yang paling perlu sekarang adalah keserasian dan tidak mensia-siakan peluang.