Semangat Juang Yang Tinggi

Walaupun Malaysia kalah kepada Singapura tetapi saya amat memuji semangat juang yang begitu kental oleh pemain Harimau Malaya untuk menumbangkan pasukan Singapura. Perlawanan sedikit hambar dek kerana pemain Singapura yang kurang gentle kerana suka melewat-lewatkan permainan. Dek kerana peristiwa inilah sebenarnya Malaysia telah MENANG dari segi semangat kesukanan yang tinggi.

Malaysia telah membuat para pemain Singapura menjadi gugup dan kaku. Kepada Pasukan Malaysia, jangan berputus asa. Kita cuba di masa akan datang.

Pesanan khas buat semua MEDIA CETAK "Jangan terlalu komen negatif keatas pasukan Harimau Malaya. Yang saya perhatikan, MEDIA CETAK ini, Bila Menang Puji Melambung-lambung hingga dipaparkan dimuka hadapan akhbar masing-masing,Bila Kalah komen terlalu negatif dan diletakan di muka surat 30 ke atas". Wartawan yang membuat laporan sebegini sepatutnya sudah pupus pada zaman 60an lagi.

Saya berharap K.Rajagopal dapat mencungkil lagi bakat-bakat baru bagi memantapkan lagi pertahanan.
Malaysia amat terasa dengan pemain berbisa yang tidak dapat diturunkan seperti Safeq Rahim, Shahrul Idlan Talaha serta Aidil (Hanya beberapa minit berjuang tetapi terpaksa berundur kerana kecederaan).

"TAHNIAH KEPADA PASUKAN MALAYSIA YANG MENUNJUKKAN MUTU PERMAINAN YANG AMAT MEMBANGGAKAN"