TAHNIAH KEPADA PASUKAN MALAYSIA


Setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan malaysia yang menunjukkan corak permainan yang begitu menarik, pantas dan pintar mencari ruang... dengan hantaran 1 2 yang semakin baik.. Tahniah juga kepada K Rajagopal yang berjaya memimpin mental dan corak permainan Pasukan Malaysia semasa menentang Liverpool walaupun tewas 6-3. Ini adalah kekalahan Paling BERMARUAH...
Ini adalah perlawanan yang paling menarik, Semasa menentang Pasukan Arsenal, Pasukan Harimau Malaya seperti hilang fokus, hilang corak permainan dan terlalu menghormati pasukan lawan. Jelas sekali pertemuan bersama Pasukan Arsenal banyak memberi pengajaran dan pengalaman berharga kepada Pasukan Malaysia.. Diharapkan Pasukan Malaysia dapat mengekalkan corak perlawanan seperti hari ini semasa bertemu Chelsea dan seterusnya dengan Singapura nanti... Pasukan Harimau Malaya juga diharapkan mengelak daripada membuat banyak hantaran tinggi dan banyakkan hantaran bawah kerana faktor fizikal pemain kita.. Diharapkan juga agar jangan sesekali cepat kehilangan bola kerana ini sekaligus makin melemahkan rakan-rakan seperjuangan..
Syabas Pasukan MALAYSIA... Jika saya adalah penyokong Liverpool sekarang, mungkin saya tidak menyokongnya lagi kerana lebih baik saya menyokong pasukan yang setanding dengan pasukan liverpool iaitu PASUKAN MALAYSIA...Tahniah Kepada K.RAJAGOPAL....