7:40 PM 29 September 2012
ESPN 812  & ESPN HD 832 

Rekod TANPA KALAH masih DIPERTAHAN....


Manchester City 1 (Lescott) Arsenal 1 (Laurent Koscielny)
Ahad, 23 September 2012, 23:00
Astro saluran 817 / 831

Arsenal bermain dengan penuh keyakinan apabila mengikat Manchester City walaupun banyak peluang keemasan tidak di manfaatkan oleh barisan serangan terutamanya Gervinho . Pemain pertahanan The Gunners nampaknya semakin kebal kerana banyak mematahkan serangan dari pihak lawan.Walaupun Wojciech Szczesny tidak dapat diturunkan kerana masalah kecederaan (ankle), Thomas Vermaelen's pula mengalami demam selesema, Jack Wilshere dan Emmanuel Frimpong pula telah kembali ke latihan minggu ini, tetapi masih tidak memenuhi stamina yang diperlukan untuk diserapkan di dalam kesebelasan utama - kata Arsene Wenger. Corak permainan Arsenal nampaknya semakin laju dan cepat mengatur strategi di bahagian serangan. Walaupun sekadar seri, The Gunners boleh dikatakan terbaik kerana bermain di laman  Manchester City. Nantikan perlawanan timbal balik di laman sendiri.... Go Gunners.


Jack Wilshere is coming back against M.City

Ada berita baik kepada peminat Arsenal, Setelah sekian lama menyepi dek kerana kecederaan yang di alami dikhabarkan telah sembuh sepenuhnya bagi menyertai rakan sepasukan yang lain dalam perlawanan bertemu dengan Manchester City.
Jack Wilshere sudah 100% sembuh dan telah turun menjalani latihan serta saya lihat dia semakin laju dan tangkas dari kebiasaannya-kata Arsene Wenger. Diharapkan Jack Wilshere dapat menyumbangkan gol menentang M.City nanti. Pasukan Arsenal dilihat makin matang dan makin serasi dengan kehadiran beberapa pemain baru yang cepat menyesuaikan diri dalam kumpulan the Gunners. Bahagian pertahanan juga semakin sukar untuk ditembusi. Ini adalah perlawanan sebenar bagi menguji 2 kelab terhandal ini untuk menentukan kelab mana yang layak di kedudukan teratas liga, ia juga menguji mental, keserasian, ketangkasan dan fizikal pemain masing-masing. Semoga memperolehi kemenangan ke atas M.City. Go gunnerssssss.


Ahad, 23 September 2012, 23:00
Astro saluran 817 / 831

Kemenangan BERMAKNA di tempat lawan


Montpellier 1 vs Arsenal 2
UEFA Champions League
Selasa, 18 September 2012 2.40 pg Astro 816

Gabungan mantap sekali lagi meratah kelab dari liga France iaitu Montpellier, Semua jaringan dilakukan pada masa pertama. Arsenal tersentak apabila Montpellier mendapat gol di awal perlawanan (Belhanda pada minit ke 9) tetapi dengan kelincahan lukas podolski, ia berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 16 dan Gervinho melengkapkan kemenangan Gunners dengan menyumbangkan gol pada minit ke 18. Pasukan Gunners nampaknya telah menemui rentak sebenar tetapi terdapat segelintir pemain yang belum mendapat rentak asal mereka sebelum bermain di Arsenal.... Go Gunners...


Montpellier vs Arsenal
UEFA Champions League
Selasa, 18 September 2012 jam 2.40 pg Astro 816

Mari kita tonton untuk melihat bakal-bakal pemain gunners yang akan menjadi lagenda Arsenal bagi musim ini

Kemenangan TERBESAR pertama Arsenal oleh PERCATURAN MANTAP LAGI JITU (Arsenal 6 Southampton 1)

 
Setelah sekian lama penyokong Gunners menunggu, barulah Gervinho menunjukkan taringnya yang sebenar selepas menyumbat 2 gol ketika membenam pasukan Southampton ,pesta bermula apabila sepakan percuma yang menarik oleh Lukas Podolski menerjah jaring pada minit ke 31 selepas Hooived dan Clyne tertampan ke gawang sendiri masing-masing pada minit ke 11 dan minit ke 38. Gervinho pula membalas kepercayaan wenger apabila meledak 2 gol pada minit ke 35 dan 71 sejurus dimasukkan. Sungguh banyak peluang untuk menjaringkan gol oleh bahagian serangan The Gunners tetapi masih tidak serasi.Theo Walcott pula menyumbang 1 gol bagi menceriakan penyokong gunners dan menyatakan bahawa tidak akan keluar daripada team Arsenal seperti yang telah dilakukan oleh V.PERSIAL . Theo Walcott semakin serasi dengan Olex Oxlade-Chamberlain ketika ini manakala Santi Cazorla, Lukas Podolski dan Olivier Giroud semakin matang di bahagian serangan. Diharapkan agar Marouane Chamakh mengikut jejak Gervinho. The Gunners nampaknya lebih berbisa daripada musim lepas apabila banyak pemain yang berbakat yang telah dibeli oleh Arsene Wenger. SYABAS ARSENAL...


Kemenangan PERTAMA Arsenal oleh GABUNGAN BERBISA (Arsenal 2 Liverpool 0)


Gabungan  Lukas Podolski  dan  Santi Cazorla merupakan gabungan berbisa Arsenal bagi musim 2012/2013 yang telah meledak 2 gol masing-masing pada minit 31 oleh Lukas Podolski dan pada minit ke 68 oleh Santi Cazorla . Pada awal 30 minit, perlawanan sedikit membosankan kerana bola banyak berlegar di kawasan tengah padang tetapi selepas jaringan oleh  Lukas Podolski, pasukan Gunners telah mendapat rentak dan memperhebatkan lagi bahagian serangan dan terus membakar semangat pemain-pemain. Penjaga gol iaitu  Vito Mannone's patut di puji kerana ketangkasannya mengelak daripada dibolosi oleh penyerang Liverpool. Dengan mempunyai pemain pertahanan yang dibarisi  oleh Thomas Vermaelen dan Per Mertesacker yang dibantu oleh Mikel Arteta telah banyak mematahkan serangan daripada pihak lawan.
Kesungguhan pemain seperti Abou DiabyAlex Oxlade-ChamberlainOlivier Giroud nampaknya sukar ditandingi oleh pemain Liverpool. Walaubagaimanapun pasukan Gunners harus meningkatkan lagi serangan di sebelah kanan pihak lawan kerana nampak seperti ada kelemahan yang perlu di baiki. Banyak serangan adalah daripada bahagian kiri pihak lawan.
 Penyokong Arsenal sepatutnya tidak perlu takut di atas kenyataan yang mengejutkan oleh Arsène Wenger bahawa tiada lagi pemain baru dan tiada lagi pemain yang akan di jual selepas ini kerana Arsène Wenger  menyatakan bahawa skuad Gunners telah mantap dan yang paling perlu sekarang adalah keserasian dan tidak mensia-siakan peluang.