Rekod TANPA KALAH masih DIPERTAHAN....


Manchester City 1 (Lescott) Arsenal 1 (Laurent Koscielny)
Ahad, 23 September 2012, 23:00
Astro saluran 817 / 831

Arsenal bermain dengan penuh keyakinan apabila mengikat Manchester City walaupun banyak peluang keemasan tidak di manfaatkan oleh barisan serangan terutamanya Gervinho . Pemain pertahanan The Gunners nampaknya semakin kebal kerana banyak mematahkan serangan dari pihak lawan.Walaupun Wojciech Szczesny tidak dapat diturunkan kerana masalah kecederaan (ankle), Thomas Vermaelen's pula mengalami demam selesema, Jack Wilshere dan Emmanuel Frimpong pula telah kembali ke latihan minggu ini, tetapi masih tidak memenuhi stamina yang diperlukan untuk diserapkan di dalam kesebelasan utama - kata Arsene Wenger. Corak permainan Arsenal nampaknya semakin laju dan cepat mengatur strategi di bahagian serangan. Walaupun sekadar seri, The Gunners boleh dikatakan terbaik kerana bermain di laman  Manchester City. Nantikan perlawanan timbal balik di laman sendiri.... Go Gunners.