Kemenangan TERBESAR pertama Arsenal oleh PERCATURAN MANTAP LAGI JITU (Arsenal 6 Southampton 1)

 
Setelah sekian lama penyokong Gunners menunggu, barulah Gervinho menunjukkan taringnya yang sebenar selepas menyumbat 2 gol ketika membenam pasukan Southampton ,pesta bermula apabila sepakan percuma yang menarik oleh Lukas Podolski menerjah jaring pada minit ke 31 selepas Hooived dan Clyne tertampan ke gawang sendiri masing-masing pada minit ke 11 dan minit ke 38. Gervinho pula membalas kepercayaan wenger apabila meledak 2 gol pada minit ke 35 dan 71 sejurus dimasukkan. Sungguh banyak peluang untuk menjaringkan gol oleh bahagian serangan The Gunners tetapi masih tidak serasi.Theo Walcott pula menyumbang 1 gol bagi menceriakan penyokong gunners dan menyatakan bahawa tidak akan keluar daripada team Arsenal seperti yang telah dilakukan oleh V.PERSIAL . Theo Walcott semakin serasi dengan Olex Oxlade-Chamberlain ketika ini manakala Santi Cazorla, Lukas Podolski dan Olivier Giroud semakin matang di bahagian serangan. Diharapkan agar Marouane Chamakh mengikut jejak Gervinho. The Gunners nampaknya lebih berbisa daripada musim lepas apabila banyak pemain yang berbakat yang telah dibeli oleh Arsene Wenger. SYABAS ARSENAL...