Ada berita baik kepada peminat Arsenal, Setelah sekian lama menyepi dek kerana kecederaan yang di alami dikhabarkan telah sembuh sepenuhnya bagi menyertai rakan sepasukan yang lain dalam perlawanan bertemu dengan Manchester City.
Jack Wilshere sudah 100% sembuh dan telah turun menjalani latihan serta saya lihat dia semakin laju dan tangkas dari kebiasaannya-kata Arsene Wenger. Diharapkan Jack Wilshere dapat menyumbangkan gol menentang M.City nanti. Pasukan Arsenal dilihat makin matang dan makin serasi dengan kehadiran beberapa pemain baru yang cepat menyesuaikan diri dalam kumpulan the Gunners. Bahagian pertahanan juga semakin sukar untuk ditembusi. Ini adalah perlawanan sebenar bagi menguji 2 kelab terhandal ini untuk menentukan kelab mana yang layak di kedudukan teratas liga, ia juga menguji mental, keserasian, ketangkasan dan fizikal pemain masing-masing. Semoga memperolehi kemenangan ke atas M.City. Go gunnerssssss.
Kemenangan BERMAKNA di tempat lawan
Montpellier 1 vs Arsenal 2
UEFA Champions League
Selasa, 18 September 2012 2.40 pg Astro 816
Gabungan mantap sekali lagi meratah kelab dari liga France iaitu Montpellier, Semua jaringan dilakukan pada masa pertama. Arsenal tersentak apabila Montpellier mendapat gol di awal perlawanan (Belhanda pada minit ke 9) tetapi dengan kelincahan lukas podolski, ia berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 16 dan Gervinho melengkapkan kemenangan Gunners dengan menyumbangkan gol pada minit ke 18. Pasukan Gunners nampaknya telah menemui rentak sebenar tetapi terdapat segelintir pemain yang belum mendapat rentak asal mereka sebelum bermain di Arsenal.... Go Gunners...
Kemenangan TERBESAR pertama Arsenal oleh PERCATURAN MANTAP LAGI JITU (Arsenal 6 Southampton 1)
Kemenangan PERTAMA Arsenal oleh GABUNGAN BERBISA (Arsenal 2 Liverpool 0)
Gabungan Lukas Podolski dan Santi Cazorla merupakan gabungan berbisa Arsenal bagi musim 2012/2013 yang telah meledak 2 gol masing-masing pada minit 31 oleh Lukas Podolski dan pada minit ke 68 oleh Santi Cazorla . Pada awal 30 minit, perlawanan sedikit membosankan kerana bola banyak berlegar di kawasan tengah padang tetapi selepas jaringan oleh Lukas Podolski, pasukan Gunners telah mendapat rentak dan memperhebatkan lagi bahagian serangan dan terus membakar semangat pemain-pemain. Penjaga gol iaitu Vito Mannone's patut di puji kerana ketangkasannya mengelak daripada dibolosi oleh penyerang Liverpool. Dengan mempunyai pemain pertahanan yang dibarisi oleh Thomas Vermaelen dan Per Mertesacker yang dibantu oleh Mikel Arteta telah banyak mematahkan serangan daripada pihak lawan.
Kesungguhan pemain seperti Abou Diaby, Alex Oxlade-Chamberlain, Olivier Giroud nampaknya sukar ditandingi oleh pemain Liverpool. Walaubagaimanapun pasukan Gunners harus meningkatkan lagi serangan di sebelah kanan pihak lawan kerana nampak seperti ada kelemahan yang perlu di baiki. Banyak serangan adalah daripada bahagian kiri pihak lawan.
Kesungguhan pemain seperti Abou Diaby, Alex Oxlade-Chamberlain, Olivier Giroud nampaknya sukar ditandingi oleh pemain Liverpool. Walaubagaimanapun pasukan Gunners harus meningkatkan lagi serangan di sebelah kanan pihak lawan kerana nampak seperti ada kelemahan yang perlu di baiki. Banyak serangan adalah daripada bahagian kiri pihak lawan.
Penyokong Arsenal sepatutnya tidak perlu takut di atas kenyataan yang mengejutkan oleh Arsène Wenger bahawa tiada lagi pemain baru dan tiada lagi pemain yang akan di jual selepas ini kerana Arsène Wenger menyatakan bahawa skuad Gunners telah mantap dan yang paling perlu sekarang adalah keserasian dan tidak mensia-siakan peluang.
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kemerdekaan ke-55 buat semua warga Malaysia, Tema tahun ini tidak penting untuk kita ketahui kerana berunsur politik dan tidak ada kena mengena dengan perjuangan Pahlawan-Pahlawan Negara yang bertungkus lumus, berkorban jiwa dan raga untuk memastikan keamanan Negara. Sukar untuk mencari pengganti Pahlawan tersebut kerana Pahlawan yang sebenar tidak mengejar kemewahan hidup serta kaum kerabat keturunannya. Pahlawan yang sejati adalah Pahlawan yang mengetepikan keselesaan kehidupannya bagi memperjuangkan Bangsa Dan Negara tidak mengira masa dan tempat.......
BERKORBAN HANYA UNTUK MALAYSIA YANG TERCINTA
Langgan:
Catatan (Atom)










