Mau Belajar Bahasa Jepun????

Yang pemarah - KEIJI CACIMAKHI

Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA

Yang bisu - KIETA TADASORA

Yang suka makan nasi - NACHI KASHIBANYA

Yang suka layan blues - APOYI NADIKATO

Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJHI

Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA


Yang sangat kedekut -MATIMATI TAMOKASHI

Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATHI

Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA

Yang tak suka gosok gigi - TARAGIGI PADANOMUKA

Yang kena tinggal bini - SYUSAHI BINILARI

Yang suka merempit - SUKARO CARIMATHI

Yang Lembab - EKONI SIPUTBABI

Yang badan hangit - SAIFOO BAUKARIE

Dari Rancangan - Lawak Queen :)

Fran Merida Menyerlah & Saksikan Kebangkitan The Young Gunners

Fran Merida menyerlah semasa perlawanan getir dengan liverpool...


Eduardo semakin cergas, Thomas Vermaelan semakin garang, Fabregas semakin cerdik mengatur , Niklas Bendtner semakin berani dan Van persie semakin menyerlah walaupun Arshavin Injured... The gunners masih mempunyai ramai pelapis2 dan pemain2 yang belum menunjukkan belangnya sehingga sekarang..nantikan kemunculan pelapis2 ini....

Selamat Menyambut Aidilfitri

Salam Lebaran Dari Saya dan Isteri
Ampun dan Maaf Andainya

TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja

TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta-benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi la
yang kena mengena



Semoga dimaafkan, segala salah silap
tanpa kami sedari !!!!!!!!!

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah bertemu kembali kita dengan bulan Ramadhan yang penuh berkat ini..Disini saya ingin menyeru agar kita dapat memperbanyakkan membaca Al-Quran, Meningkatkan amalan sedekah dan Bersama-sama bersolat Terawih..


Arsenal 6 - Everton 1


Arsenal memulakan saingan kempen Premier League pada Sabtu lalu dengan kemenangan bergaya ke atas everton (6-1) di Goodison Park. Corak permainan arsenal yang asli telah ditunjukkan oleh pemain-nya.

Sebelum perlawanan, The Gunner sudah diketepikan semua orang tetapi kini menjadi pilihan utama. "Ini adalah perlawanan pertama yang menarik" kata Wenger...
Denilson menyumbat gol pertama dan diikuti William Gallas dan pembelian baru, Thomas Vermaelen menambah duka everton (1st Half)..
Kenduri gol bermula pada 2nd half apabila Cesc Fabregas menambah 2 gol dan Eduardo 1 gol..


Gambar aku dan isteri

Alhamdulillah pada 29 Mei 2009 aku telah diijabkabulkan dengan isteri (Izzah Bt Jamilludin) di kemaman terengganu hanya sekali lafaz (alhamdulillah).

Majlis Perkahwinan aku bertempat di kemaman berjalan dengan lancar pada 30 Mei 2009 danMajlis Perkahwinan aku di Ipoh juga berjalan dengan lancar pada 7 Jun 2009. Walaupun pada tarikh tu ramai jugaklah orang lain yang membuat Majlis Perkahwinan, Majlis aku berlangsung dengan meriah...


(Gambar di atas hanya rekaan semata-mata, tiada kena mengena dengan syarikat penyiaran dan tiada siaran langsung atau tak langsung.... hehehehehe)
Disini aku dan isteri mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang hadir dan di Majlis Pernikahan aku...

Disini juga kami berdua mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi hadiah kepada kami berdua.....Sungguh tak disangka, hadiah yang saya dan isteri dapat banyak sekali.

Jemputan Perkahwinan....


Kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini yang belum lagi mendapat kad jemputan dari saya ............................ Disini saya ingin menjemput anda untuk menghadiri Majlis Perkahwinan saya di Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak..
Dan
Kepada rakan-rakan yang tinggal berdekatan dengan terengganu, anda boleh lah menghadiri di majlis perkahwinan pengantin perempuan di Kemaman, Terengganu